PEMBENTUKAN MALAYSIA | PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
PEMBENTUKAN MALAYSIA
PENGENALAN
KONSEP GAGASAN MALAYSIA
IDEA GAGASAN MALAYSIA
Konsep yang menggabungkan beberapa bekas tanah jajahan British di Asia Tenggara iaitu Persekutuan Tanah Melayu,Sarawak,Sabah,Singapura dan Brunei.Kemukakan idea penyatuan wilayah penguasaan British di Asia Tenggara dalam satu sistem pentadbiran dan ekonomi.Tujuan pelaksanaan gagasan Malaysia adalah untuk memudahkan pentadbiran pihak British.Pada 27 Mei 1961,Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mencetuskan cadangannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi,Singapura agar Sabah,Sarawak,Singapura dan Brunei digabungkan dengan Tanah Melayu untuk merdeka dalam satu system Kerajaan Persekutuan.
2.0 PERKEMBANGAN IDEA DAN DAN USAHA
PEMBENTUKAN MALAYSIA
- -sejarah idea pembentukan Malaysia dikemukakan
pada akhir abad ke-19 oleh pihak british dan juga penduduk tempatan.
Idea pengawal British
1887
ØCadangan terawal dikemukakan oleh Lord Brassey, Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Dewan Parlimen Britain.
ØMencadangkan penggabungan Sarawak, Sabah, dengan negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat supaya menjadi tanah jajahan besar.
ØCadangan dikemukakan kerana melihat potensi ekonomi melalui penggabungan wilayah.
1951
Ø Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Sir Malcolm MacDonald, Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara mencadangkan penggabungan semua tanah jajahan British di Asia Tenggara bagi membentuk satu entiti politik dan ekonomi.
1952
ØSir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu meminta penggabungan wilayah disegerakan bagi tujuan keselamatan.
ØPada Januari 1960, mesyuarat pegawai tinggi British di Borneo bersetuju dengan cadangan pertahanan dan keselamatan.
1960
ØSir Geofroy Tory, Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu mencadangkan penyatuan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu atas kepentingan ekonomi.
ØCadangan mendapat sokongan Pejabat Kolonial.
IDEA PENDUDUK TEMPATAN
1906
ØMajalah Al-mam menggesa penyatuan raja dan orang Melayu dalam pendidikan dan pembangunan ekonomi di Alam Melayu.
1938
Konsep Melayu Raya diperjuangkan oleh
nasionalis Tanah Melayu. Ø Antaranya Ibrahim Haji Yaakob, Harun
Aminurrashid,
Ahmad
Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan Dr. Burhanuddin al-Helmi sejak sebelum Perang
Dunia Kedua.
Ø Idea mereka mahu menggabungkan Tanah Melayu
dengan Indonesia.
Ø Gagal apabila Presiden Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia tanpa melibatkan Tanah Melayu. Ø pada tahun 1945.
1955
Ø Persidangan Agong UMNO Mencadangkan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei menyertai Persekutuan Tanah Melayu.
1958
Ø Datu Mustapha Datu Harun, pemimpin Sabah dalam pertemuan dengan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj di
Ø Kuala Lumpur menyatakan minat untuk membawa Sabah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu.
1960
RASIONAL IDEA PEMBENTUKAN MALAYSIA
1. Rancangan pembentukan Malaysia mula
berjalan apabila Tunku Abdul Rahman Putra al-haj memberikan komitmen terhadap
rancangan penggabungan semua wilayah terlibat dan mendapat sokongan kerajaan
British.
2. Terdapat beberapa faktor
pembentukan Malaysia, iaitu keselamatan, keseimbangan komposisi penduduk,
mempercepat kemerdekaan dan pembangunan wilayah.
KESELAMATAN
Ancaman komunis di Singapura
· Ancaman komunis menggugat keselamatan
Persekutuan Tanah Melayu .
· Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menganggap
Singapura akan menjadi pusat kegiatan komunis.
· Penyatuan dengan Singapura akan memberikan
kuasa kepada Kerajaan Persekutuan dalam bidang keselamatan dan pertahanan bagi
membendung ancaman komunis di Singapura
Perkembangan Di Sarawak
· Berhadapan dengan ancaman komunis melalui
gerakan Clandestine Communist Organization (CCO) atau Pertubuhan Elit Komunis.
· Dengan penyertaan Sarawak, kerajaan British
berharap dapat membendung ancaman komunis.
KESEIMBANGAN
KOMPOSISI PENDUDUK
· Keputusan menerima Singapura dalam Persekutuan
akan mewujudkan ketidakseimbangan komposisi penduduk antara orang Melayu dengan
orang Cina.
· Hal ini dibimbangi Tunku Abdul Rahman Putra
al-Haj dan pemimpin UMNO.
· Penggabungan Sarawak, Sabah dan Brunei akan
menyeimbangkan komposisi antara kaum.
MEMPERCEPATKAN
KEMERDEKAAN
· Bagi pihak British, pembentukan Malaysia akan
merealisasikan rancangan dekolonisasi dan mempercepat kemerdekaan wilayah
Borneo, terutamanya Sarawak dan Sabah.
· Kerajaan British perlu memastikan usaha ini
mendapat sokongan penduduk di wilayah ini.
PEMBANGUNAN WILAYAH
· Penyertaan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak,
Sabah, serta Brunei dan Singapura membentuk sebuah negara bertujuan agar
wilayah ini dapat bersatu dalam usaha mempercepat pelbagai bidan pembangunan.
· Boleh meningkatkan taraf hidup pribumi dalam
pelbagal aspek. Contohnya, pembangunan infrastruktur, sosial serta perkembangan
ekonomi yang lebih seimbang.
RUMUSAN
· Penduduk tempatan turut berperanan dalam usaha
menyatupadukan negara.
· Pembentukan Malaysia membuktikan rakyat
mempunyai fikiran yang jauh untuk merancang masa hadapan yang baik.
· Pembentukan Malaysia dapat mengekang anasir
komunis yang mengancam keamanan negara dan serantau.
REAKSI TERHADAP PEMBENTUKAN
MALAYSIA (REAKSI TEMPATAN)
Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj mengumumkan pembentukan Malaysia pada 27 Mei 1961. Pembentukan
Malaysia mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak.Terdapat pihak yang
menerima baik cadangan pembentukan dan
ada juga pihak yang menentang cadangan tersebut.
Reaksi tempatan
terdiri daripada penduduk dan pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak,
Sabah, Singapura dan Brunei manakala reaksi negara jiran pula terdiri daripada
Indonesia, Filipina, dan Thailand.Reaksi tempatan, pembentukan Malaysia
mendapat reaksi daripada pemimpin dan penduduk Persekutuan Tanah Melayu,
Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei.
Persekutuan Tahan
Melayu, pada umumnya, rancangan pembentukan Malaysia mendapat sambutan baik
daripada penduduk dan parti politik di Persekutuan Tanah Melayu. Parti politik
secara prinsipnya bersetuju dan menerima cadangan pembentukan Malaysia walaupun
wujud perbezaan pendapat dalam melaksanakannya. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
mendapat sokongan UMNO berkaitan dengan rancangan pembentukan Malaysia.
Sarawak
Sabah
Penduduk di Sabah memberikan pelbagai reaksi terhadap rancangan pembentukan Malaysia. Pada peringkat awal, penduduk Sabah berasa curiga dan bimbang. Ketika itu, Sabah sedang berkembang dalam kegiatan perdagangan manakala system perkhidmatan awam semakin baik. Penduduk pula bebas menjalankan kegiatan harian mereka. Sementara itu, kehadiran pasukan tenter British menjamin keselamatan mereka. Oleh itu, penduduk berpendapat bahawa tiada keperluan untuk bergabung. Menjelang pembentukan Malaysia, terdapat parti politik utama ditubuhkan, antaranya termasuklah UNKO, USNO, Pasok Momogun dan Sabah Chinese Association (SCA).USNO yang dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun menyokong pembentukan Malaysia sejak awal lagi.
Parti politik disabah menubuhkan gabungan menyokong Malaysia yang dinamakan Sabh Alliance pada bulan Oktober 1962. Parti gabungan ini terdiri daripada UNKU, USNO, United Parok Momogun (UPKO), Democratic Party dan Sabah Indian Congress. Cadangan pembentukan Malaysia juga mengejutkan penduduk dan pemimpin di Sabah. Mereka melahirkan keinginan untuk mendapatkan kemerdekaan secara berasinganatau membentuk sebuah Negeri-negeri Borneo yang merdeka. Kebanyakkan penduduk di Sabah menganggap Tanah Melayu terasing seperti Indonesia dan Filipina. Mereka mempersoalkan keadaan pemimpin tempatan yang perlu menyesuaikan diri dengan kegiatan politik, pilihan raya dan berkerajaan sendiri yang sudah diamalkan di Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Pada masa yang sama, jarak yang jauh antara Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur yang jauh menimbulkan masalah. Desibabkan oleh kebimbangan tersebut, para pemimpin di Borneo membentuk Barisan Bersatu (United Front) pada 9 Ogos 1961untuk mencabar rancangan pembentukan Malaysia. Barisan Bersatu ini dianggotai oleh Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP), A.M Azhari (Parti Rakyat Brunei) dan Donald Stephen (Fuad Stephen) daripada UNKO. Walau bagaimanapun, UNKO kemudiannya menyokong pembentukan Malaysia.
Singapura
Pemimpin dan penduduk Singapura turut memberikan reaksi terhadap pembentukan Malaysia. People’s Action Party (PAP) yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew menyambut baik rancangan ini. Bagi golongan pedagang dan pengusaha industry pula, mereka menyokong pembentukan Malaysia kerana membuka peluang pasaran yang lebih besar kepada industry mereka. Parti lain seperti parti buruh Singapura pada hakikatnya bersetuju tetapi menganggap gabungan ini sebagai suatu yang sukaruntuk dilaksanakan. Parti Rakyat Singapura menentang gagasan Malaysia. Barisan Sosialis juga menganggap pembentukan Malaysia sebagai penjajahan baharu. Mereka mencadangkan agar pandangan rakyat diperoleh sebelum Singapura menyertai Malaysia.
Brunei
Terdapat pelbagai reaksi daripada penduduk Brunei terhadap pembentukan Malaysia. Sultan Brunei, iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin mengalu-alukan cadangan pembentukan Malaysia. Rakyat Brunei juga pada peringkat awal berminat untuk menyertai gabungan ini. Namun begitu, mereka ingin mencapai kemerdekaan terlebih dahulu. Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M Azahari menentang cadangan tersebut kerana beliau lebih berminat untuk menggabungkan Brunei, Sarawak, Sabah dan Kalimantan Utara dalam satu kesatuan. A.M Azahari berpendapat bahawa berpendapat bahawa pembentukan Malaysia merupakan satu cara kerajaan British untuk mengekalkan pengaruh untuk menguasai ekonomi dan menjamin keselamatan British. Selain itu, mereka juga khuatir Brunei akan kehilangan sebahagian kekayaan sekiranya menyertai gabungan ini.
LANGKAH PEMBENTUKAN
MALAYSIA
Terdapat beberapa langkah pembentukan
Malaysia .
Siri
Lawatan
Julai 1961 Tunku Abdul Rahman melawat
Sarawak dan Brunei untuk meninjau dan bertemu dengan pemimpin tempatan bagi menerangkan
rancangan pembentukan Malaysia. Pada Ogos 1962 Datu Bandar Abang Haji Mustapha,
Temenggung Jugah, Donald Stephens and Datu Mustapha lawat untuk meninjau
kemajuan di Persekutuan Tanah Melayu. Pada November 1962, Lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sarawak dan
Sabah. Selain itu, Lawatan rombongan Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Ghafar Baba
ke Sarawak dan Sabah menunjukkan terdapat kesepakatan dalam kalangan ahli
politik di Tanah Melayu untuk menjelaskan gambaran sebenar tentang rancangan
Malaysia kepada penduduk Sarawak dan Sabah.
Jawatankuasa
Setia Kawan Malaysia (JSKM)
Tujuan Penubuhan Jawatankuasa setia kawn Malaysia (JSKM)
untuk meyakinkan penduduk Sarawak dan
Sabah tentang pembentukan Malaysia. Selain itu, Sediakan ruang perbincangan
untuk mendapat kata sepakat. Di samping itu,mengumpulkan pandangan tentang
pembentukan Malaysia. Mereka Menyebarkan maklumat berkaitan dengan Malaysia.
Justeru,memupuk aktiviti penghebahan dan mempercepat pembentukan Malaysia.
Referendum
Singapura
Ogos 1962 dan September 1962
mengadakan Rundingan antara kerajaan
Persekutuan dan Singapura yang menghasilkan persetujuan penyertaan Singapura.
Pada September 1962, referendum diadakan bagi menyatakan bentuk pilihan
Singapura menyertai Malaysia. Oleh hal demikian,keputusan rakyat Singapura
setuju untuk bergabung dengan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Singapura
dan Persekutuan Tanah Melayu.
Suruhanjaya
Cobbold
Suruhanjaya Cobbold telah dibentuk
pada Januari 1962 yang terdiri daripada pengerusi,ahli-ahli , dan 20 pusat lawatan
Sarawak dan 15 pusat lawatan Sabah.
Setiap yang mengetuai bahagian jawatan tersebut terdapat nama yang
bertanggungjawab atas jawatan itu.
Pengerusi iaitu,Lord Cobbold dan Ahli-Ahli terdiri daripada Sir Anthony
Abell, Sir David Watherston, Muhammad Ghazali Shafie dan Wong Pow Nee. Selain
itu, melawat 20 pusat lawatan Sarawak dan 15 pusat lawatan Sabah.
Pada Jun 1962, Suruhanjaya Cobbold menyerahkan laporan. Antara laporan tersebut termasuklah:
1. Menyatakan dua pertiga penduduk
menyokong pembentukan Malaysia.
2. Mengesyorkan agar Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas Perlembagaan Persekutuan yang
baharu.
3. Mencadangkan kuasa autonomi dan
jaminan khas diberi kepada Sarawak dan Sabah yang tidak boleh dipinda atau
dibatalkan oleh Kerajaan Persekutuan tanpa mendapat persetujuan daripada
Kerajaan Negeri berkenaan.
Pembentukan
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
Pada Ogos 1962, Penubuhan
Inter-Governmental Committee dan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) boleh
diwakili kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
Mereka bertujuan menyediakan rangka
perlembagaan dan membentuk keperluan melindungi kepentingan Sarawak dan Sabah.
Selain itu, Pengerusi iaitu Lord Lansdowne, Menteri Tanah Jajahan dan Timbalan
pengerusi iaitu Tun Abdul Razak. Terdapat wakil pada Sarawak
dan sabah.Setiap wakil terdapat jawatan yang tersedia iaitu pada wakil
Sarawak, Ketua Setiausaha, Peguam
Negeri, Setiausaha Kewangan, Datu Bandar Abang Haji Mustapha, Temenggong Jugah,
Pengarah Montegrai, Ling Beng Siew dan Chia Chin Sin. Selain itu, wakil pada
sabah ialah, Ketua Setiausaha, Peguam Negeri, Setiausaha kewangan, Datu
Mustapha, Donald Stephens dan Koo Siak Chiew.
JAK mempunyai lima jawatankuasa kecil:
Ø Perlembagaan
Ø Kewangan
Ø Perkhidmatan Awam
Ø Perundangan dan Kehakiman
Ø Organisasi Jabatan
Ø mengadakan mesyuarat pertama di Jesselton (kota Kinabalu), Sabah pada 31 Ogos 1962
Ø mesyuarat terakhir di Kuala Lumpur pada 18-20 September 1962
Perjanjian
Julai 1963 dan Peristiwa Pengisytiharan Malaysia
· Perjanjian Julai 1963 atau Perjanjian Malaysia atau Malaysia Agreement (MA63)-Ialah sebuah dokumen yang ditandatangani oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura.
Inti Pati Perjanjian Malaysia:
Ø 31 Ogos 1963 – Tarikh pembentukan Malaysia.
Ø Sarawak, Sabah dan Singapura – Ahli dalam persekutuan Malaysia bersama Persekutuan Tanah Melayu.
Ø Kerajaan British Mengiktiraf kedaulatan Sarawak, Sabah dan Singapura dalam Malaysia.
Ø Memberikan kelebihan kepada Sarawak dan Sabah menubuhkan cabinet negeri.
Ø Ianya memperuntukkan tempoh masa peralihan – Bidang pentadbiran awam dan pendidikan kepada Sarawak dan Sabah.
Ø Bilangan Kerusi Parlimen – Singapura sebanyak 15 Kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Sabah sebanyk 16 kerusi.
Ø Penduduk bumiputera Sarawak dan Sabah – mendapat pengiktirafan sama seperti orang Melayu dalam Perlembangaan Persekutuan.
Misi Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB):
Ø Indonesia membuat bantahan rasmi terhadap pembentukan Malaysia di PBB.
– U Thant (Setiausaha Agung PBB) mengumumkan
penubuhan United Nations Malaysia Mission (UNMM)Ø Tujuan – Menilai dan membuat laporan.
Ø Laurence Michelmore (Duta Amerika di PBB) – Mengetuai rombongan untuk melakukan tinjauan di Sawarak dan Sabah.
Ø 14 September 1963 – Misi ini menerbitkan laporan penduduk Sarawak dan Sabah yang menerima pembentukan Malayisa.
Peristiwa Pengisytiharan Malaysia:Ø
Ø Sarawak – Dato Abang Haji Openg Sapiee mengangkat sumpah jawatan di-Pertua Negeri Sarawak. Pengisytirahan Malaysia dibaca oleh Khir Johari wakil kerajaan Persekutuan di Kuching yang turut dihadiri oleh anggota cabinet negeri.
Ø Sabah – Dato Mustapha mengumumkan Pengisytiharan Malaysia di Kota Kinabalu serta menandatangi surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang pertama. Tun Abdul Razak mewakili Kerajaan Persekutuan.
LINK
VIDEO: PEMBENTUKAN MALAYISA
https://youtu.be/9y6olvtGVC8
KONFRONTASI DAN USAHA MENANGANI
apabila Tunku Abdul Rahman membuat kenyataan bahawa Indonesia terlibat membantu pemberontakan.
KONFRONTASI
v 20 Januari 1963 – Dr. Subrandrio (Menteri
Luar Indonesia) mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia dengan alasan
mengancam kedudukan Indonesia
PERISTIWA PENENTANGAN
Ø 20 Januari 1963 – Melancarkan dasar
konfrontasi terhadap Tanah Melayu “Ganyang Malaysia “.
Ø 16 Januari 1963 hingga 27 Mac 1963 –
Tentera Indonesia melancarkan serangan gerila di Sarawak.
Ø Ogos hingga Disember 1964 – Pendaratan gerila
di Johor.
Ø 12 April 1963 – Tindakan ketenteraan
terawal berlaku apabila pendaratan tentera dan separa tentera Indonesia di
Tebedu, Sarawak.
Ø 29 Disember 1964 – Berlaku peristiwa berbalas
tembakan antara tentera Malaysia dengan Indonesia di Kalabakan, Sabah.
Ø 2 September 1964 – Pendaratan seramai 30 orang gerila Indonesia di Labis,
Johor. Mereka ditahan oleh pasukan tentera Malaysia .
Ø Dr.Ismail Abdul Rahman membawa isu
ini ke dalam Majlis Keselamatan PBB. Kaedah provokasi tidak mengubah pendirian
Malaysia untuk bertindak selain cara diplomatik.
Langkah Menamatkan Konfrontasi
v Malaysia mengambil pendejatan
diplomatik dalam menamatkan konfrontasi. Kementerian Luar Negeri (Ketua
Muhammad Ghazali Shafie) mengambil langkah menyusun strategi. Tugas utama –
Memahami kempen propaganda dan mendapatkan sokongan luar.
1963
Ø Febuari 1963 – U Thant (S/U agung
PBB) mengutus CV Narasimhan untuk bertanding dengan pemimpin kerajaan Indonesia
dan persekutuan Tanah Melayu.
Ø 9 April 1963 – Presiden Macapagal
menganjurkan rundingan peringkat pengawai di Manila. Muhammad Ghazali Shafie
mewakili negara kita.
Ø Tunku Abdul Rahman menerima undangan
Presiden Soekarno untuk bertemu di Tokyo. Tunku Abdul Rahman menerangkan tujuan
penubuhan Malaysia.
Ø 7 hingga 11 Jun 1963 – Tun Abdul
Razak menghadiri mesyuarat peringkat Menteri Luar di Manila bagi mencari
penyelesaian konfrontasi. Dr. Subandrio mewakili negaranya.
Ø 31 Julai hingga 5 Ogos 1963 – Tunku
Abdul Rahman menhadiri mesyuarat dengan Presiden Soekarno dan Presiden
Macapagal di Manila. Hasil – Kerajaan Indonesia dan Filipina menerima penubuhan
Malaysia selepas penilaian dibuat oleh PBB terhadap Sarawak dan Sabah.
1964
Ø Rundingan Malaysia, Indonesia dan
Filipina melibatkan dua persidangan peringkat menteri di Bangkok dan satu
sidang kemuncak di Tokyo.
Ø Peranan utama – Dimainkan oleh Thanan
Khoman (Menteri Luar Thailand) yang menganjurkan pertemuan dengan Menteri Luar
Indonesia.
1965
Ø 30 September 1965 – Peralihan
kepimpinan di Indonesia menamatkan konfrontasi.
Ø Jeneral Suharto melantik Jeneral Ali
Moertopo dan Adam Malik menamatkan konfrontasi.
1966
Ø 4 Ogos 1966 – Kerajaan Indonesia
mengumumkan penamatan konfrontasi.
Ø 11 Ogos 1966 – Tun Abdul Razak
menandatangani perjanjian Persetujuan Normalisasi Hubungan Indonesia-Malaysia
di Jakarta.
KESIMPULAN
Seiring dengan perjalanan masa dan
perkembangan politik, rancangan menubuhkan persekutuan Malaysia yang merangkumi
Tanah Melayu,Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei digagaskan dan akhirnya
berjaya dilaksanakan pada 16 september 1963 tanpa Brunei.Namun, Singapura pula
telah keluar daripada Persekutuan Malaysia selepas 2 tahun Persekutuan Malaysia
ditubuhkan.Penubuhan Malaysia sesungguhnya telah memberikan banyak faedah
kepada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak , sama ada dari segi politik mahupun
sosioekonomi.
KELAS : DAQ1A
AHLI KUMPULAN:
1.AHMAD SHAHIMIE BIN ANUAR
2.MUHAMMAD DANISH DANIAL BIN CIK DOLLAH
3.MUHAMMAD MUQRI BIN MANSOR
4.MUHAMMAD ZAKI ZAFRAN BIN MOHD SHAH
5.SITI MARIAM BINTI YAZIK
6.NUR IZZAH BINTI SALIM



.jpeg)
.jpeg)









Comments
Post a Comment